Monday 29 July 2013

B.A.P Releases "Badman" Jacket Photo and Tracklist



Getting ready to make an official comeback, B.A.P has just unveiled the jacket photo and full tracklist for upcoming mini album, ‘Badman’.

The album will include a total of six tracks, including the two pre-released title tracks “Coffee Shop” and “Hurricane”. The third and final title song is expected to be “Badman”.

‘Badman’ will be released on August 6th.


i can't wait to watch track 1,2,3 and 5!! B.A.P fighting!!>__</

Do you want it?? :D




dis is what i get today B.A.P and BTOB keychain for beg/handphone..  ^___^
if u want it too (B.A.P/BTOB/BIGBANG/G-DRAGON/B2ST/UKISS/TEEN TOP/F(X)/B4A1/GIRLS GENERATION) i'll get it for u..don't worry bout price..
 u can buy any keychain and poster kpop idols from me.just ask/comment below ne.. 

Sunday 28 July 2013

The Werewolf Boy 늑대 소년 OST




Di Bintangi Oleh:
Song Joong Ki
Park Bo Young


Jalan Cerita:
Kim Suni, seorang wanita warga tua enam puluhan tinggal di Amerika Syarikat, beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penjualan rumah lama keluarganya di Korea Selatan. Kim Suni pulang ke tanah air, beliau  disambut oleh cucunya Eun-joo, mereka pulang ke rumah lama Kim Suni dan bermalam di sana. Suni mengimbas kembali bagaimana 47 tahun yang lalu apabila dia adalah seorang gadis remaja pada tahun 1965, beliau berpindah dari Seoul bersama-sama dengan ibu yang menjadi balu dan kakaknya Sun-ja ke pendalaman yang jauh untuk menjalani pemulihan selepas mengalami masalah dengan paru-paru beliau akibat dari udara yang tidak sihat. Keluarga Kim hidup dalam kemiskinan di rumah keluarga Ji-tae yang angkuh, dia merupakan anak kepada rakan kongsi perniagaan arwah ayah Suni.Suni yang cantik dan pendiam hidup dalam kehidupan yang serba daif dan tidak mempunyai kawan yang sebaya umurnya.
Satu malam, Suni terlihat sekilas bayangan di kandang berdekatan rumahnya,kemudian dia keluar mencari kelibat bayang-bayang tersebuat tetapi tiada sesiapa.Pada keesokan harinya, dia mendapati seorang lelaki liar yang berusia kira-kira 19 tahun sedang tidur di kawasan berdekatan dengan kandang di rumahnya. Suhu badan lelaki itu adalah di antara 46 darjah celsius,jenis darahnya tidak dapat dikenal pasti dan dia tidak boleh membaca dan bercakap. Walaupun dia berkelakuan seperti binatang liar, ibu Suni memanggil lelaki tersebut dengan nama Chul-soo mereka berandaian dia adalah salah seorang daripada 60,000 anak-anak yatim dalam Perang Korea .
Pada mulanya Suni menganggap Chul-soo sebagai satu gangguan, tetapi akhirnya dia berasa gembira dengan kehadiraannya.Suni dapat menjinakkan Chul-soo dengan merujuk buku untuk melatih anjing secara manual. Suni mengajarkan kepadanya bagaimana cara untuk menunggu dengan sabar sebelum makan, bagaimana untuk memakai pakaian,bercakap,menulis dan tingkah laku manusia yang lain supaya satu hari nanti dia boleh hidup seperti manusia biasa. Chul-soo menunjukkan kesetiaan teguh dan banyak membantu Suni dan ini menyebabkan Ji-tae iri hati kepada Chul-soo.
Akhirnya, Suni dan Chul-soo menjadi sangat rapat. Suni membuka hatinya untuk Chul-soo dan Chul-soo juga telah jatuh cinta denganya kerana Suni adalah satu-satunya orang yang pernah menunjukkan kasih sayang kepadanya. Tetapi hubungan mereka penuh dengan halangan dan konflik. Ji-tae mula membuat masalah,dengan merancang untuk membunuh Chul-soo. Penduduk kampung mula rasa terancam dengan Chul-soo yang telah membuat kacau akibat rancangan Ji-tae, Chul-soo telah menukarkan dirinya kepada serigala jadian apabila melihat Ji-tae memukul dan menendang Suni di hadapannya. Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa Chul-soo yang diburu oleh penduduk kampung, Suni menggambil keputusan untuk meninggalkan Chul-soo. Dengan berat hati dan hiba sebelum Suni pergi meninggalkan Chul-soo dia menulis pada sehelai kertas "supaya menunggunya pulang".  Apakah kisah selanjutnya? .
edit & translated by aya..


CLICK HERE TO WATCH FULL MOVIE


Friday 26 July 2013

I Miss You 보고싶다 OST



Di Bintangi Oleh:
Micky YooChun
Yoo Seung Ho 
Yoon Eun Hye
Kim So Hyun
Yeo Jin Goo

Jalan Cerita:
Lee Soo Yeon (Kim So Yun) berusia 15 tahun adalah mangsa buli di sekolah, yang disasarkan kerana bapa beliau adalah seorang pembunuh. Melalui beberapa siri peristiwa malang, dia bertemu Han Jung Woo (Yeo Jin Goo), anak seorang chaebol dan gangster. Jung Woo melindungi Soo Yeon dari pembuli, mereka menjadi rakan-rakan dan tidak lama kemudian mereka jatuh cinta. 

Satu hari, Jung Woo telah diculik dan Soo Yeon, yang menyaksikan penculikan dan cuba untuk membantunya juga diculik oleh penculik itu juga. Ibu Kang Hyung Joon, perempuan simpanan datuk Jung-woo, dan bapa Jung Woo ini telah bertaruh atas jumlah wang yang besar. Beliau akhirnya berjaya memasukkan wang kedalam bank Swiss dengan bantuan jururawat beliau Jun Hye Mi. 

Disebabkan oleh kemalangan yang tidak dijangka pada masa apabila Jung Woo dan Soo Yeon kedua-duanya diculik, mereka telah dipisahkan. Jung Woo diselamatkan daripada penculik oleh bapanya tetapi tidak dapat kembali untuk membantu Soo Yeon, yang dianggap sudah mati. Bapa Jung Woo itu mendiamkan diri dengan memberi rasuah kepada penculik dan polis diatas kejadian penculikan dan bukti palsu tentang kematian Soo Yeon itu.

Walaubagaimanapun, Hyung Joon telah menyelamatkan kehidupan Soo Yeon dan menghalang beliau daripada tinggal dengan bapa tirinya iaitu seorang detektif dengan cara membunuh bapa tirinya dan membawa Soo Yeon bersama Hye Mi melarikan diri ke luar negara.

Empat belas tahun kemudian, Jung Woo (Park Yoo Chun ) kini menjadi detektif kes pembunuhan dan telah menetapkan pendiriannya untuk mencari Soo Yeon, dia mempercayai bahawa SooYeon (Yoon Eun Hye) tidak mati. yang kini juga dikenali sebagai Zoe Lou, seorang pereka fesyen rookie yang kelihatan mempunyai personaliti yang menyerlah, tetapi kisah lama masih membawa parut emosi yang mendalam pada dirinya.

Takdir membawa kepada pertemuan kedua-dua mereka, tetapi Zoe adalah tidak percaya lagi terhadap Jung-woo kerana sanggup meninggalkan beliau semasa kes penculikan berlaku 14tahun dahulu. Sementara itu, Kang Hyung Joon (Yoo Seung Ho) yang ketika itu pulang ke Korea bersama Soo Yeon pada masa yang sama telah jatuh hati kepada Soo Yeon.
Tujuan sebenar Kang Hyung Joon pulang ke Korea adalah untuk membalas dendam kepada keluarga Han kerana telah membunuh ibunya. Kang Hyung Joon kelihatan mesra dan baik, tetapi ternyata menjadi dia seorang yang mempunyai jiwa pembunuh dan pendendam, dia menggunakan nama Harry Borrison untuk membalas dendam ke atas bapa Jung Woo yang telah membunuh ibunya. Apakah kisah mereka seterusnya? Adakah Jung Woo dan Soo Yeon kembali bersama?? ..

                                 
 Jom tonton semua episod I Miss You di VIKI.COM          


Resepi Biskut Green Princess

Bahan-bahan:

Bahan A:
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal


Bahan B:
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum


Bahan Hiasan:
coklat masakan putih
gula hiasan

Cara-caranya:
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam.Rehatkan adunan seketika
3. Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Biskut dah sejuk barulah dihias dengan coklat masakan putih dan gula hiasan mcm aku buat tu...
p/s : tp coklat putih ni dia melengas skit la..dan biskut ni pun lembut dan gebu mcm makmur tu... so kena berhati-hati ketika mengendalikannya.. :)

Resepi Biskut Coklat Swirl


Bahan-bahan

Bahan A:
125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys

Bahan B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

C (hiasan)
Chocolate chips

Cara-cara:
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. Hias dengan 2 biji chocolate chips
3. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit

Resepi Biskut Green Lace



Bahan-bahan: 

Bahan A:
120 gram butter

20 gram shortening
80 gram gula kastor
1 sudu teh perasa pandan


Bahan B:

140 gram tepung gandum
30 gram tepung arrowroot/tpg sagu atau tepung ubi
¼ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
30 gram serbuk biskut marie (putih)
20 gram serbuk hazelnut/gajus


Cara-cara:

1. sebatikan semua bahan A
2. masukkan bahan B dan adun sehingga menjadi dough yg lembut
3. canai, terap dan bakar
4. keluarkan dari oven dan hiaskan



Resepi Biskut Luscious Hazelnut Oat



Bahan-bahan:

Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening
80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste


Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch kisar
15gm serbuk hazelnut
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine atau tepung gandum
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras


Hiasan :
Putih telur
Oat
Dark cooking chocolate
Papercup


Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
4. Bentukkan bujur
5. Golekkan dalam putih telur
6. Salut dengan oat
7. Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -1 40 degree selama 30 minit -45 minit)
8. Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
9. Letakkan dalam papercup



Tips Penyegaran Wajah dan Minda





Rasa mengantuk dan kurang fokus ketika menghadiri kelas, membuat assignment, juga menjalankan aktiviti bersama rakan sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah remaja.Malah, keadaan kulit berminyak dan tidak bermaya selepas seharian sibuk dengan tugasan sebagai pelajar menambah rasa tidak selesa untuk remaja bergiat aktif. Menurut Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura, Vaibhav Saran, remaja masa kini sentiasa sibuk dengan pembelajaran di kolej, aktiviti luar kelas dan kelas tambahan seperti muzik serta latihan sukan. 

“Jadual yang sibuk ini bukan saja menjejaskan kulit, malah menyebabkan mereka berasa terlalu letih dan mengantuk.

Justeru, pemakaian pencuci muka dengan aroma buah-buahan dapat menyegarkan wajah dan diri mereka.

“Pembersih muka Fruit Essentials bukan saja menangani masalah keletihan, tetapi juga membersihkan wajah bagi memperoleh kulit lebih bermaya dan berseri,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian terbaru jenama berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran Bersekutu Johnson & Johnson Malaysia, Karen Ong.

Tambahnya, ciri menarik mengenai pembersih muka terbaru itu adalah kandungan butiran lembutnya. Ia terasa lembut ketika menyentuh permukaan kulit yang berfungsi untuk membantu mengeluarkan kotoran pada wajah. Formula antibakteria dan bebas minyaknya membantu menghalang liang pori tersumbat untuk mencegah kehadiran jerawat dan bintik hitam.

Pembersih muka berbau harum itu didatangkan dalam tiga pilihan iaitu Energizing Berry, Purifying Apple dan Brightening Lemon yang sesuai digunakan oleh remaja untuk membantu meningkatkan keyakinan serta menyegarkan diri selepas keletihan akibat aktiviti padat sepanjang hari.

Pembersih muka Energizing Berry mengandungi ekstrak raspberi yang kaya dengan vitamin C dan B3 selain kandungan antioksidan untuk membantu mengawal penggantian sel kulit.

Purifying Apple pula diperkaya dengan ekstrak epal yang dilengkapi ciri-ciri pengelupasan secara lembut bagi membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah terutama bagi membersihkan kotoran, minyak serta solekan untuk mengelakkan liang pori tersumbat.

Ekstrak lemon di dalam pembersih wajah Brightening Lemon juga kaya dengan sumber vitamin C yang berkesan membantu menyerikan ton kulit untuk memastikan si pemakai lebih bersemangat sepanjang hari.



Thursday 25 July 2013

Fakta Menarik Mengenai Rasulullah SAW


Oleh Hafidah Samat

Nabi Muhammad S.A.W. sememangnya mempunyai budi pekerti yang tinggi dan berhemah. Antara fakta menarik mengenai Nabi utusan Allah S.W.T yang terakhir ini adalah seperti berikut:

i.    Baginda mempunyai sifat yang mulia iaitu siddiq (jujur), amanah(boleh dipercayai), fathonah (cerdas) dan 
tabligh (ikhlas menyampaikan).
ii.   Baginda digambarkan sebgai seorang yang sangat kacak, cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari memancar di wajahnya. Abu Hurairah R.A. bersabda, wajah Rasulullah S.A.W. bersinar seolah-olah dibuat daripada perak.

iii.  Janggut Rasulullah S.A.W cukup lebat dan raut wajah Baginda menawan dan mempunyai anak mata yang 
tersangat hitam.

iv.  Baginda berjalan sangat laju dan seorang yang sangat bertenaga. Apabila berjalan, baginda seolah-olah 
menuruni curam atau tempat yang tinggi.


v.    Rasulullah S.A.W sering berjalan di belakang sahabat baginda sedangkan baginda adalah ketua mereka.

vi.    Keindahan percakapan Rasulullah S.A.W sangat epik, baginda bercakap dengan jelas, lancar supaya 
pendengar dapat memahami dan mengingati sabdaNya sebaik mungkin. Baginda tidak akan mengulangi kenyataanNya lebih dari tiga kali. 

vii.    Nabi Muhammad S.A.W. seorang yang pendiam dan baginda bercakap hanya bila perlu. 
viii.   Baginda merupakan seorang yang sopan dan tidak biadap untuk mengelakkan orang lain tersinggung.

ix.    Ketawa Rasulullah S.A.W. adalah senyuman baginda sendiri.

x.    Baginda suka berjenaka, namun melarang berlawak yang menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak. 
walaupun dirinya merupakan seorang yang suka berjenaka dan periang.




xi.   Nabi Muhammad S.A.W. dikurniakan sekitar 50 mukjizat. Dari sekian banyak mukjizat itu, Al- Quran merupakan mukjizat Nabi yang paling besar pengaruhnya bagi Islam dan dijadikan pegangan hidup bagi setiap muslim. Tidak ada yang dapat menyamai isi Al- Quran hingga kini (Q.11:13). Mukjizat-mukjizat Nabi yang lain, misalnya: Nabi dapat mengetahui isi hati lawan, tubuhnya menebarkan bau harum, bumi patuh atas perintahnya dan Nabi mampu mengeluarkan susu dari seekor kambing kurus.

Tips Berpuasa Ketika Cuaca Panas



 
Try la cuba tips2 nii..oke.. :D

1. Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak selepas berbuka tanpa mengira aktiviti ibadah yang sedang anda lakukan termasuk bertarawih untuk mengelakkan dari badan kontang. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpuasa.

3. Sejauh mana yang perlu, anda perlu berada di dalam rumah, pejabat atau bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar. Cuba sapukan 'sunblock' dan pakai kaca mata hitam ketika keluar rumah. 

5. Gunakan kipas angin atau penghawa dingin untuk menyejukkan diri. Jaga suhu penghawa dingin agar kulit tidak menjadi terlalu kering.

6. Pakai topi atau payung, elakkan terdedah terlalu lama di bawah sinaran UV. 

7. Elakkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. 

8. Banyakkan memakan buah-buahan selepas berbuka. 

9. Pakai pakaian yang bersesuaian dan longgar. 

10. Letakkan kain yang sejuk dan basah pada badan.

Crocodile Bites Man's Head During Show



Crocodile trainer Pravit Suebmee, 27, experiences one of the scariest moments of his life while performing this trick in Samut Prakan, Thailand. Luckily, he didn't suffer any serious injuries! Warning, the clip is graphic!




We're at Bee Farm Cameron Highland.. :)