Saturday 28 December 2013

Tidak basuh rambut beri kebaikan kepada rambut?




Semua sudah sedia maklum bahawa ramai wanita mencuci rambut hampir setiap hari kerana merasakan rambut berada dalam keadaan yang tidak baik. 

Ini kerana ada sesetengah wanita mencuci rambut setiap hari kerana bila mereka tidak mencuci rambut, ia akan kelihatan buruk dan kulit kepala gatal. 

Namun tahukah anda bahawa rambut yang kotor ternyata mampu memberi pengaruh yang lebih baik untuk rambut kerana; 


Lebih mudah digaya
Rambut yang tidak dicuci akan lebih mudah digayakan kerana rambut yang baru dicuci lebih ' licin dan sukar untuk digayakan walaupun sudah diletakkan penyembur rambut. Rambut yang belum dicuci sehari atau dua hari lebih mudah ditata rias. 

Lebih sihat
Jika anda mencuci rambut setiap hari, mungkin minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang. Padahal minyak alami itu berfungsi menjaga kelembapan kulit kepala dan membuat rambut tetap lembut. Maka mencuci rambut dua hari sekali lebih disyorkan. 

Warna rambut akan tahan lebih lama 
Anda memakai pewarna rambut? Jangan terlalu sering mencuci rambut, malah rambut yang tidak diwarna, jangan cuci setiap hari agar warnanya tetap berkilau. Beberapa bahan di syampu dapat melunturkan warna rambut secara perlahan. Pilihlah syampu khas untuk rambut berwarna.

No comments:

Post a Comment