Friday, 26 July 2013

Resepi Biskut Coklat Swirl


Bahan-bahan

Bahan A:
125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys

Bahan B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

C (hiasan)
Chocolate chips

Cara-cara:
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. Hias dengan 2 biji chocolate chips
3. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit

Resepi Biskut Green Lace



Bahan-bahan: 

Bahan A:
120 gram butter

20 gram shortening
80 gram gula kastor
1 sudu teh perasa pandan


Bahan B:

140 gram tepung gandum
30 gram tepung arrowroot/tpg sagu atau tepung ubi
¼ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
30 gram serbuk biskut marie (putih)
20 gram serbuk hazelnut/gajus


Cara-cara:

1. sebatikan semua bahan A
2. masukkan bahan B dan adun sehingga menjadi dough yg lembut
3. canai, terap dan bakar
4. keluarkan dari oven dan hiaskan



Resepi Biskut Luscious Hazelnut Oat



Bahan-bahan:

Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening
80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste


Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch kisar
15gm serbuk hazelnut
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine atau tepung gandum
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras


Hiasan :
Putih telur
Oat
Dark cooking chocolate
Papercup


Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
4. Bentukkan bujur
5. Golekkan dalam putih telur
6. Salut dengan oat
7. Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -1 40 degree selama 30 minit -45 minit)
8. Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
9. Letakkan dalam papercup



Tips Penyegaran Wajah dan Minda





Rasa mengantuk dan kurang fokus ketika menghadiri kelas, membuat assignment, juga menjalankan aktiviti bersama rakan sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah remaja.Malah, keadaan kulit berminyak dan tidak bermaya selepas seharian sibuk dengan tugasan sebagai pelajar menambah rasa tidak selesa untuk remaja bergiat aktif. Menurut Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura, Vaibhav Saran, remaja masa kini sentiasa sibuk dengan pembelajaran di kolej, aktiviti luar kelas dan kelas tambahan seperti muzik serta latihan sukan. 

“Jadual yang sibuk ini bukan saja menjejaskan kulit, malah menyebabkan mereka berasa terlalu letih dan mengantuk.

Justeru, pemakaian pencuci muka dengan aroma buah-buahan dapat menyegarkan wajah dan diri mereka.

“Pembersih muka Fruit Essentials bukan saja menangani masalah keletihan, tetapi juga membersihkan wajah bagi memperoleh kulit lebih bermaya dan berseri,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian terbaru jenama berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran Bersekutu Johnson & Johnson Malaysia, Karen Ong.

Tambahnya, ciri menarik mengenai pembersih muka terbaru itu adalah kandungan butiran lembutnya. Ia terasa lembut ketika menyentuh permukaan kulit yang berfungsi untuk membantu mengeluarkan kotoran pada wajah. Formula antibakteria dan bebas minyaknya membantu menghalang liang pori tersumbat untuk mencegah kehadiran jerawat dan bintik hitam.

Pembersih muka berbau harum itu didatangkan dalam tiga pilihan iaitu Energizing Berry, Purifying Apple dan Brightening Lemon yang sesuai digunakan oleh remaja untuk membantu meningkatkan keyakinan serta menyegarkan diri selepas keletihan akibat aktiviti padat sepanjang hari.

Pembersih muka Energizing Berry mengandungi ekstrak raspberi yang kaya dengan vitamin C dan B3 selain kandungan antioksidan untuk membantu mengawal penggantian sel kulit.

Purifying Apple pula diperkaya dengan ekstrak epal yang dilengkapi ciri-ciri pengelupasan secara lembut bagi membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah terutama bagi membersihkan kotoran, minyak serta solekan untuk mengelakkan liang pori tersumbat.

Ekstrak lemon di dalam pembersih wajah Brightening Lemon juga kaya dengan sumber vitamin C yang berkesan membantu menyerikan ton kulit untuk memastikan si pemakai lebih bersemangat sepanjang hari.



Thursday, 25 July 2013

Fakta Menarik Mengenai Rasulullah SAW


Oleh Hafidah Samat

Nabi Muhammad S.A.W. sememangnya mempunyai budi pekerti yang tinggi dan berhemah. Antara fakta menarik mengenai Nabi utusan Allah S.W.T yang terakhir ini adalah seperti berikut:

i.    Baginda mempunyai sifat yang mulia iaitu siddiq (jujur), amanah(boleh dipercayai), fathonah (cerdas) dan 
tabligh (ikhlas menyampaikan).
ii.   Baginda digambarkan sebgai seorang yang sangat kacak, cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari memancar di wajahnya. Abu Hurairah R.A. bersabda, wajah Rasulullah S.A.W. bersinar seolah-olah dibuat daripada perak.

iii.  Janggut Rasulullah S.A.W cukup lebat dan raut wajah Baginda menawan dan mempunyai anak mata yang 
tersangat hitam.

iv.  Baginda berjalan sangat laju dan seorang yang sangat bertenaga. Apabila berjalan, baginda seolah-olah 
menuruni curam atau tempat yang tinggi.


v.    Rasulullah S.A.W sering berjalan di belakang sahabat baginda sedangkan baginda adalah ketua mereka.

vi.    Keindahan percakapan Rasulullah S.A.W sangat epik, baginda bercakap dengan jelas, lancar supaya 
pendengar dapat memahami dan mengingati sabdaNya sebaik mungkin. Baginda tidak akan mengulangi kenyataanNya lebih dari tiga kali. 

vii.    Nabi Muhammad S.A.W. seorang yang pendiam dan baginda bercakap hanya bila perlu. 
viii.   Baginda merupakan seorang yang sopan dan tidak biadap untuk mengelakkan orang lain tersinggung.

ix.    Ketawa Rasulullah S.A.W. adalah senyuman baginda sendiri.

x.    Baginda suka berjenaka, namun melarang berlawak yang menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak. 
walaupun dirinya merupakan seorang yang suka berjenaka dan periang.




xi.   Nabi Muhammad S.A.W. dikurniakan sekitar 50 mukjizat. Dari sekian banyak mukjizat itu, Al- Quran merupakan mukjizat Nabi yang paling besar pengaruhnya bagi Islam dan dijadikan pegangan hidup bagi setiap muslim. Tidak ada yang dapat menyamai isi Al- Quran hingga kini (Q.11:13). Mukjizat-mukjizat Nabi yang lain, misalnya: Nabi dapat mengetahui isi hati lawan, tubuhnya menebarkan bau harum, bumi patuh atas perintahnya dan Nabi mampu mengeluarkan susu dari seekor kambing kurus.

Tips Berpuasa Ketika Cuaca Panas



 
Try la cuba tips2 nii..oke.. :D

1. Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak selepas berbuka tanpa mengira aktiviti ibadah yang sedang anda lakukan termasuk bertarawih untuk mengelakkan dari badan kontang. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpuasa.

3. Sejauh mana yang perlu, anda perlu berada di dalam rumah, pejabat atau bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar. Cuba sapukan 'sunblock' dan pakai kaca mata hitam ketika keluar rumah. 

5. Gunakan kipas angin atau penghawa dingin untuk menyejukkan diri. Jaga suhu penghawa dingin agar kulit tidak menjadi terlalu kering.

6. Pakai topi atau payung, elakkan terdedah terlalu lama di bawah sinaran UV. 

7. Elakkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. 

8. Banyakkan memakan buah-buahan selepas berbuka. 

9. Pakai pakaian yang bersesuaian dan longgar. 

10. Letakkan kain yang sejuk dan basah pada badan.

Crocodile Bites Man's Head During Show



Crocodile trainer Pravit Suebmee, 27, experiences one of the scariest moments of his life while performing this trick in Samut Prakan, Thailand. Luckily, he didn't suffer any serious injuries! Warning, the clip is graphic!