Friday 26 July 2013

Tips Penyegaran Wajah dan Minda





Rasa mengantuk dan kurang fokus ketika menghadiri kelas, membuat assignment, juga menjalankan aktiviti bersama rakan sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah remaja.Malah, keadaan kulit berminyak dan tidak bermaya selepas seharian sibuk dengan tugasan sebagai pelajar menambah rasa tidak selesa untuk remaja bergiat aktif. Menurut Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura, Vaibhav Saran, remaja masa kini sentiasa sibuk dengan pembelajaran di kolej, aktiviti luar kelas dan kelas tambahan seperti muzik serta latihan sukan. 

“Jadual yang sibuk ini bukan saja menjejaskan kulit, malah menyebabkan mereka berasa terlalu letih dan mengantuk.

Justeru, pemakaian pencuci muka dengan aroma buah-buahan dapat menyegarkan wajah dan diri mereka.

“Pembersih muka Fruit Essentials bukan saja menangani masalah keletihan, tetapi juga membersihkan wajah bagi memperoleh kulit lebih bermaya dan berseri,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian terbaru jenama berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran Bersekutu Johnson & Johnson Malaysia, Karen Ong.

Tambahnya, ciri menarik mengenai pembersih muka terbaru itu adalah kandungan butiran lembutnya. Ia terasa lembut ketika menyentuh permukaan kulit yang berfungsi untuk membantu mengeluarkan kotoran pada wajah. Formula antibakteria dan bebas minyaknya membantu menghalang liang pori tersumbat untuk mencegah kehadiran jerawat dan bintik hitam.

Pembersih muka berbau harum itu didatangkan dalam tiga pilihan iaitu Energizing Berry, Purifying Apple dan Brightening Lemon yang sesuai digunakan oleh remaja untuk membantu meningkatkan keyakinan serta menyegarkan diri selepas keletihan akibat aktiviti padat sepanjang hari.

Pembersih muka Energizing Berry mengandungi ekstrak raspberi yang kaya dengan vitamin C dan B3 selain kandungan antioksidan untuk membantu mengawal penggantian sel kulit.

Purifying Apple pula diperkaya dengan ekstrak epal yang dilengkapi ciri-ciri pengelupasan secara lembut bagi membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah terutama bagi membersihkan kotoran, minyak serta solekan untuk mengelakkan liang pori tersumbat.

Ekstrak lemon di dalam pembersih wajah Brightening Lemon juga kaya dengan sumber vitamin C yang berkesan membantu menyerikan ton kulit untuk memastikan si pemakai lebih bersemangat sepanjang hari.



No comments:

Post a Comment