Wednesday 24 July 2013

George Alexander Louis permata hati Will dan Kate




Putera Cambridge iaitu bayi lelaki kepada Putera William dan Kate Middleton yang dilahirkan pada 22 Julai lalu telah diberi nama George Alexander Louis.Dipetik daripada laporan Telegraph, Istana Kensington telah mengeluarkan kenyataan berkata: "Duke dan Duchess Cambridge teruja untuk mengumumkan bahawa mereka telah menamakan bayi lelaki mereka George Alexander Louis. Bayi itu akan dikenali sebagai Yang Mulia Putera Cambridge George."
Nama tradisional tersebut dipilih bersempena nama mendiang bapa Permaisuri Elizabeth, George VI, bermakna bayi tersebut bakal menjadi Raja George VII pada masa akan datang.Nama George dan Alexander telah menjadi pilihan ramai sejak kelahirannya manakala Louis pula adalah nama tengah William. Nama George adalah paling popular yang diterima oleh penerima taruhan selain beberapa nama yang lain.
Kate telah melahirkan bakal pewaris takhta seberat 3.9 kilogram ini pada 22 Julai lalu, jam 4.24 petang selepas dimasukkan di Hospital St. Mary, London pada awal pagi itu.William dan Kate, masing-masing berusia 31 tahun telah berkahwin pada 29 April 2011.



No comments:

Post a Comment