Thursday 25 July 2013

Fenomena Asalnya Gwiyomi 귀요미 송 ..




JUNG ILHOON

Lagu Gwiyomi/Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dilancarkan 18 Februari 2013. Diilhamkan daripada gerakan seorang ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini yang dipanggil Gwiyomi Player (귀요미 플레이어), menjadi meme Internet pada Oktober 2012 dan muncul julung kali dalam rancangan aneka ragam Korea Selatan MTV Diary di saluran SBS MTV. Gerakan ini juga telah memberi ilham kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka sendiri ke internet.
Meme Internet ini berasal daripada Jung Ilhoon, seorang ahli band lelaki BToB dari Korea Selatan yang mencipta satu siri pergerakan tangan comel atau sekadar 'mengira nombor dengan lagak comel' dipanggil Gwiyomi Player Ilhoon menunjukkan gerak tangan tersebut dalam rancangan realiti BToB iaitu MTV Diary episod ke-24 yang bersiaran pada 2012.
Gerak isyarat ini menjadi popular selepas Ilhoon muncul di "Weekly Idol", sebuah rancangan aneka ragam Korea Selatan. Rancangan tersebut menampilkan segmen mini digelar "Tempur Lagak Comel" dengan beberapa idola mempersembahkan pelbagai kelainan gerak isyarat Gwiyomi.


Let's play it!

No comments:

Post a Comment