Thursday, 25 July 2013
Bazar Seindah Ramadhan TV3 TV9 di Sungai Petani Kedah
Salam, selepas kejayaan di Plaza Angsana, Johor, Bazar #SeindahRamadan anjuran TV3 dan TV9 akan memeriahkan pula sekalian orang Utara khususnya orang Kedah. Jom pakat ramai-ramai meriahkan lagi suasana bazar yang menjual pelbagai jenis makanan dan juadah berbuka puasa yang enak yang akan dijual oleh selebriti sambil anda juga boleh mengisi tabung amal jariah.
Antara selebriti yang hadir: Aiman Hakim Ridza, Amar Asyraf, Arja Lee, Azlee Khairi, Black, Ezany Nizariff, Nina Baharom, Nora Danish, Shakila Khoriri, Syatilla Melvin, Sasha Saidin, Zoey Rahman dan juga maskot Upin & Ipin, Bola Kampung serta Boboiboy.




Fenomena Asalnya Gwiyomi 귀요미 송 ..
JUNG ILHOON
Lagu Gwiyomi/Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dilancarkan 18 Februari 2013. Diilhamkan daripada gerakan seorang ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini yang dipanggil Gwiyomi Player (귀요미 플레이어), menjadi meme Internet pada Oktober 2012 dan muncul julung kali dalam rancangan aneka ragam Korea Selatan MTV Diary di saluran SBS MTV. Gerakan ini juga telah memberi ilham kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka sendiri ke internet.
Meme Internet ini berasal daripada Jung Ilhoon, seorang ahli band lelaki BToB dari Korea Selatan yang mencipta satu siri pergerakan tangan comel atau sekadar 'mengira nombor dengan lagak comel' dipanggil Gwiyomi Player Ilhoon menunjukkan gerak tangan tersebut dalam rancangan realiti BToB iaitu MTV Diary episod ke-24 yang bersiaran pada 2012.
Gerak isyarat ini menjadi popular selepas Ilhoon muncul di "Weekly Idol", sebuah rancangan aneka ragam Korea Selatan. Rancangan tersebut menampilkan segmen mini digelar "Tempur Lagak Comel" dengan beberapa idola mempersembahkan pelbagai kelainan gerak isyarat Gwiyomi.
Let's play it!
Wednesday, 24 July 2013
George Alexander Louis permata hati Will dan Kate
Putera Cambridge iaitu bayi lelaki kepada Putera William dan Kate Middleton yang dilahirkan pada 22 Julai lalu telah diberi nama George Alexander Louis.Dipetik daripada laporan Telegraph, Istana Kensington telah mengeluarkan kenyataan berkata: "Duke dan Duchess Cambridge teruja untuk mengumumkan bahawa mereka telah menamakan bayi lelaki mereka George Alexander Louis. Bayi itu akan dikenali sebagai Yang Mulia Putera Cambridge George."
Nama tradisional tersebut dipilih bersempena nama mendiang bapa Permaisuri Elizabeth, George VI, bermakna bayi tersebut bakal menjadi Raja George VII pada masa akan datang.Nama George dan Alexander telah menjadi pilihan ramai sejak kelahirannya manakala Louis pula adalah nama tengah William. Nama George adalah paling popular yang diterima oleh penerima taruhan selain beberapa nama yang lain.
Kate telah melahirkan bakal pewaris takhta seberat 3.9 kilogram ini pada 22 Julai lalu, jam 4.24 petang selepas dimasukkan di Hospital St. Mary, London pada awal pagi itu.William dan Kate, masing-masing berusia 31 tahun telah berkahwin pada 29 April 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























