Thursday, 23 May 2013

Afiq Muiz rela mati dari hidup disumpah ibu




22 Mei – Pergaduhan antara pelakon Afiq Muiz dengan ibunya masih lagi belum reda, malah menjadi semakin parah apabila pelakon itu kini tampak semakin berani mencabar ibunya sendiri dan semakin lantang berkata-kata.
Ia berikutan dari satu kenyataannya di laman Twitter yang menulis dia lebih rela mati dari hidup disumpah ibunya.
"Saya rela mati adri hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan menfitnah dan menghina hamba Allah."
Dalam pada itu, 'teman rapat' Afiq, Eina Azman semalam telah menghentam ibu Afiq dengan mengatakan ibu Afiq mungkin kurang siuman.
"Saya tak tahu nak cakap. Kalau saya cakap, nanti orang kata saya kurang ajar pula, tapi saya rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut sedangkan dia taka da bukti. Dia masih nak lawan."


No comments:

Post a Comment