Thursday, 23 May 2013

Fizo Omar akui sudah putus cinta


Aktor popular Fizo Omar mengakui hubungannya dengan kekasih, Hasmidar Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Haas telah terkandas di pertengahan jalan sejak dua bulan lalu.
Dipetik dari laporan sebuah portal hiburan tempatan, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar memberitahu, "Saya sudah putus cinta sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bersama selama dua bulan sahaja.
"Saya bukan tak mahu bercerita apatah lagi merahsiakan perkara ini tapi sekarang saya sibuk dengan penggambaran filem dan banyak perkara lagi. Mungkin ada pihak yang akan mengata kononnya dulu bukan main saya nak menjaja kisah cinta tapi bila sudah putus, saya nak berahsia. Namun saya ingin tegaskan di sini, dari awal lagi saya memang tak berani nak komen lebih-lebih mengenai hubungan ini, sebab masih terlalu awal. 


No comments:

Post a Comment