Di Bintangi Oleh:
Song Joong Ki
Park Bo Young
Jalan Cerita:
Kim Suni, seorang wanita warga tua enam puluhan tinggal di Amerika Syarikat, beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penjualan rumah lama keluarganya di Korea Selatan. Kim Suni pulang ke tanah air, beliau disambut oleh cucunya Eun-joo, mereka pulang ke rumah lama Kim Suni dan bermalam di sana. Suni mengimbas kembali bagaimana 47 tahun yang lalu apabila dia adalah seorang gadis remaja pada tahun 1965, beliau berpindah dari Seoul bersama-sama dengan ibu yang menjadi balu dan kakaknya Sun-ja ke pendalaman yang jauh untuk menjalani pemulihan selepas mengalami masalah dengan paru-paru beliau akibat dari udara yang tidak sihat. Keluarga Kim hidup dalam kemiskinan di rumah keluarga Ji-tae yang angkuh, dia merupakan anak kepada rakan kongsi perniagaan arwah ayah Suni.Suni yang cantik dan pendiam hidup dalam kehidupan yang serba daif dan tidak mempunyai kawan yang sebaya umurnya.
Satu malam, Suni terlihat sekilas bayangan di kandang berdekatan rumahnya,kemudian dia keluar mencari kelibat bayang-bayang tersebuat tetapi tiada sesiapa.Pada keesokan harinya, dia mendapati seorang lelaki liar yang berusia kira-kira 19 tahun sedang tidur di kawasan berdekatan dengan kandang di rumahnya. Suhu badan lelaki itu adalah di antara 46 darjah celsius,jenis darahnya tidak dapat dikenal pasti dan dia tidak boleh membaca dan bercakap. Walaupun dia berkelakuan seperti binatang liar, ibu Suni memanggil lelaki tersebut dengan nama Chul-soo mereka berandaian dia adalah salah seorang daripada 60,000 anak-anak yatim dalam Perang Korea .
Pada mulanya Suni menganggap Chul-soo sebagai satu gangguan, tetapi akhirnya dia berasa gembira dengan kehadiraannya.Suni dapat menjinakkan Chul-soo dengan merujuk buku untuk melatih anjing secara manual. Suni mengajarkan kepadanya bagaimana cara untuk menunggu dengan sabar sebelum makan, bagaimana untuk memakai pakaian,bercakap,menulis dan tingkah laku manusia yang lain supaya satu hari nanti dia boleh hidup seperti manusia biasa. Chul-soo menunjukkan kesetiaan teguh dan banyak membantu Suni dan ini menyebabkan Ji-tae iri hati kepada Chul-soo.
Akhirnya, Suni dan Chul-soo menjadi sangat rapat. Suni membuka hatinya untuk Chul-soo dan Chul-soo juga telah jatuh cinta denganya kerana Suni adalah satu-satunya orang yang pernah menunjukkan kasih sayang kepadanya. Tetapi hubungan mereka penuh dengan halangan dan konflik. Ji-tae mula membuat masalah,dengan merancang untuk membunuh Chul-soo. Penduduk kampung mula rasa terancam dengan Chul-soo yang telah membuat kacau akibat rancangan Ji-tae, Chul-soo telah menukarkan dirinya kepada serigala jadian apabila melihat Ji-tae memukul dan menendang Suni di hadapannya. Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa Chul-soo yang diburu oleh penduduk kampung, Suni menggambil keputusan untuk meninggalkan Chul-soo. Dengan berat hati dan hiba sebelum Suni pergi meninggalkan Chul-soo dia menulis pada sehelai kertas "supaya menunggunya pulang". Apakah kisah selanjutnya? .
edit & translated by aya..
CLICK HERE TO WATCH FULL MOVIE
No comments:
Post a Comment