Thursday, 25 July 2013

Tips Berpuasa Ketika Cuaca Panas



 
Try la cuba tips2 nii..oke.. :D

1. Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak selepas berbuka tanpa mengira aktiviti ibadah yang sedang anda lakukan termasuk bertarawih untuk mengelakkan dari badan kontang. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpuasa.

3. Sejauh mana yang perlu, anda perlu berada di dalam rumah, pejabat atau bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar. Cuba sapukan 'sunblock' dan pakai kaca mata hitam ketika keluar rumah. 

5. Gunakan kipas angin atau penghawa dingin untuk menyejukkan diri. Jaga suhu penghawa dingin agar kulit tidak menjadi terlalu kering.

6. Pakai topi atau payung, elakkan terdedah terlalu lama di bawah sinaran UV. 

7. Elakkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. 

8. Banyakkan memakan buah-buahan selepas berbuka. 

9. Pakai pakaian yang bersesuaian dan longgar. 

10. Letakkan kain yang sejuk dan basah pada badan.

No comments:

Post a Comment