Friday, 6 September 2013

Samsung, Qualcomm lancar Galaxy Gear


Jangkaan harga jualan jam tangan pintar Galaxy Gear ialah RM986 seunit.

Jam tangan pintar mampu teroka pasaran besar 'peralatan boleh pakai'

Berlin/Seoul: Samsung Electronics Co Ltd dan Qualcomm Inc melancarkan jam pintar dikenali Galaxy Gear, dalam usahanya meneroka pasaran ‘peralatan boleh dipakai’ yang dianggarkan bernilai AS$50 bilion. 

Ia susulan pasaran telefon mudah alih mewah kini mulai tepu. 
Kedua-dua syarikat berkenaan melancarkan peranti baru berkenaan pada majlis yang hampir diadakan serentak di Berlin dan San Diego. 


Namun begitu, dengan jangkaan harga jualan AS$300 (RM986) seunit, beberapa penganalisis serta-merta mempersoalkan sama ada harga berkenaan ada mahal. 

Jam tangan pintar Samsung Galaxy Gear berfungsi sebagai aksesori untuk telefon mudah alihnya yang kini menerajui pasaran dengan skrin kecil yang menawarkan fungsi asas seperti gambar, panggilan bebas kawalan dan mesej segera. 

Jam tangan pintar Qualcomm iaitu Toq boleh memainkan muzik dan mengendalikan panggilan telefon dan mesej. 

Ia bakal menjadi jam pintar pertama dengan boleh skrin warna ‘Mirasol’ boleh sentuh yang boleh dilihat dengan mudah dalam cahaya yang cerah. Pelancaran oleh Qualcomm itu, yang mendominasi pasaran global untuk aplikasi pemproses bagi telefon pintar dan tablet, dilihat tidak mencatatkan jualan laris tetapi sebagai rekaan rujukan atau peranti untuk dipamerkan pada skrin Mirasol, dengan harapan teknologi paparan itu akan diterima secara meluas bagi apa juga jenis pemakaian. 

Samsung, yang menjadi pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia, menyasar Galaxy Gear akan meningkatkan permintaan bagi rangkaian telefon pintar androidnya kerana ia kini berusaha untuk mengekalkan kedudukan terhadap pesaingnya, Apple Inc. 

Pelancarannya, bertepatan dengan pelancaran pameran perdagangan elektronik pengguna IFA di Berlin, yang juga mengisyaratkan gergasi Korea Selatan itu adalah lebih pantas dalam inovasi di belakang Apple, yang dijangkakan melancarkan iPhone terbarunya minggu depan tetapi tidak bercadang untuk melancarkan sebarang peranti yang boleh dipakai. 

“Saya percaya yang ia akan menjadi ikon fesyen terbaru di dunia,” kata Ketua Eksekutif Bersama Samsung dan Ketua Perniagaan Mudah Alih pada majlis Unpacked 2013 Episode 2. 

Potensi pasaran bagi peralatan boleh dipakai adalah sangat besar. 

Memanfaatkan kemajuan teknologi suara, biometrik, komunikasi dan simpanan data menggunakan cloud serta penggunaan tenaga, jam pintar dan peranti yang boleh dipakai lain dianggarkan mempunyai nilai pasaran AS$50 bilion menjelang 2017, menurut Credit Suisse. 

Apple Inc dan Google Inc juga merancang untuk memperluaskan perniagaan dalam segmen itu termasuk memperkenalkan peranti yang boleh dipakai di lengan, yang mana penganalisis menjangkakan ia akan menjadi fasa seterusnya bagi lonjakan dalam komunikasi mudah alih. - REUTERS

No comments:

Post a Comment